I

Home » » Perginya Pencipta Tetikus

Perginya Pencipta Tetikus


indofokus esa
Douglas Engelbart (1925-2013); jurutera warga Amerika, merupakan seorang pencipta dan salah seorang perintis awal dunia internet. Beliau berkhidmat di SRI International (Stanford Research Institute) pada tahun 1957.
Pada tahun 1968 beliau telah memohon paten dan menerimanya dua tahun (1970) kemudian untuk ciptaannya ketika itu; "X-Y Position Indicator for a Display System". Engelbart menggelar ciptaannya itu sebagai 'mouse' kerana ianya menyerupai seekor tikus dan gelaran itu kekal sehingga hari ini.
Prototaip awal 'tetikus'
Walau bagaimanapun, Engelbart tidak menerima sesen pun royalti dari ciptaannya kerana ianya adalah milik SRI yang ketika itu tidak sedar akan potensi ciptaannya, lalu melesenkan prototaip tersebut beberapa tahun kemudian kepada Apple dengan nilai USD40,000. Apple seterusnya merekabentuk semula prototaip Engelbart dan mencipta Apple Mouse pada tahun 1983 seterusnya menjadi antara syarikat terawal memasarkan tetikus secara komersil. 



sumber : SyamStyles
Share this article :

No comments:

Popular Posts Today

 
Support : Creating Website | media indofokus | indofokus | indofokus.com | media indofokus | indofokus News | Media indofokus
Copyright © 2011. TABLOID INDOFOKUS.COM - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired MEDIA INDOFOKUS
Proudly powered by Blogger